- Home>
- adab bergaul
Posted by : NuiGrohoitoe AreDi ANdrizki
Saturday, 28 July 2012
1. Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan
pandangannya, sebagaimana firmanNya; “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,
hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An- Nur:
30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yg
beriman, ALLAH berfirman; “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 31)
2. Menutup Aurat:
ALLAH berfirman, “Dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya.” (An-Nur: 31)
Juga FirmanNya; “Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah
mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya
mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nur: 59)
3. Adanya pembatasan antara lelaki dengan wanita:
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis,
harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya; “Dan
apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari
balik hijab.” (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan:
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita
kecuali bersama mahramnya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan
sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika
berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; “Hai isteri-isteri Nabi,
kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka
janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang
diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para
wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain
tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan
orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis:
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; “Seandainya kepala
seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh
kaum wanita yang tidak halal baginnya.” (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam
Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini
terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak
halal baginya. (As-Sohihah 1/448)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam
saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi
ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali
meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Antara etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram,
yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan
menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah
r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak
adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan
memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta
berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang
perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina.
Sebagaimana FirmanNya; “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina
itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (Al-Isra: 32)
Wallahu ta’ala a’lam..
0 Comments
Tweets
Subscribe to:
Post Comments (Atom)